Perdana Menteri Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

Hal ehwal domestik

Pada 8 Oktober 2008, Perdana Menteri Abdullah mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada Mac 2009, yang membuka jalan bagi Najib untuk menggantikannya. Bagaimanapun beliau berkata ialah menjadi tanggungjawab kepada Najib untuk memenangi pemilihan parti ditetapkan untuk Mac sebelum beliau boleh mengambil alih.[52] Najib bertanding untuk jawatan presiden UMNO dan kemudian memenanginya pada 2 November 2008, tanpa bertanding.[53] Pada 26 Mac 2009, Najib memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April 2009.[54] Pada tahun 2012, Najib juga memegang peranan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, jawatan yang disandangnya sehingga pilihan raya 2013.[55] Antara tindakan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri adalah mengurangkan kadar faedah pinjaman PTPTN kepada 1% juga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN: 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan 10 % untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya CSR atau Lebuhraya KL-Kelantan melalui Merapoh, Lebuhraya Rawang yang semuanya bebas tol, memberi subsidi untuk tambang MRT, menghapuskan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan juga membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, menghapuskan yuran sekolah, pemberian bantuan sekolah sebanyak RM100, pemberian buku teks percuma; Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), mewujudkan Klinik Bergerak 1Malaysia; Klinik 1Malaysia dengan bayaran RM1, melaksanakan gaji minimum kepada RM1000, kenaikan pencen sebanyak 2 % setiap tahun, mewujudkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), program perumahan untuk rakyat: PPRT, SPNB (gaji bawah RM3000 dan ada tanah, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3000 ke atas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000), bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu penoreh getah serta skim elaun sara hidup nelayan sebanyak RM300 sebulan.[56][57]

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mula merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sejak Mac 2016 bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini. Pendidikan al-Quran dan tahfiz al-Quran adalah antara ramuan terpenting dalam konteks memelihara agama, sekali gus menolak tohmahan dan fitnah golongan ekstremis terhadap agama Islam yang suci ini, sama ada fitnah dan ancaman oleh ekstremis radikal mahupun ancaman pemikiran oleh kelompok pelampau liberalisme yang semakin galak melebarkan fahaman mereka dalam kalangan masyarakat kita hari ini.[58] Kerajaan telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada Mac 2018 untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), yang merangkumi empat bentuk kurikulum bagi melahirkan gradu­an huffaz yang mempunyai kese­imbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan. Di bawah kurikulum itu, golongan itu bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi turut mempunyai kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), ilmu agama dan bidang profesional. Langkah itu diharap mampu mencapai sasaran melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional yang meliputi tiga bentuk aliran iaitu Persekutuan, negeri dan persendirian. Ini bermakna, negara akan mempunyai doktor, jurutera, akauntan, peguam, ahli ekonomi malah pentadbir kerajaan yang hafal al-Quran.[59]

Program 1AZAM

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi membantu golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin supaya dapat menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM830 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2,300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah. Projek-projek yang dilaksanakan untuk peserta 1AZAM dibahagikan kepada:

  • AZAM NIAGA  (menggalakkan keusahawanan dan penubuhan perniagaan kecil seperti makanan dan minuman, perniagaan sejuk beku, perniagaan runcit dengan menyediakan latihan dan dana)
  • AZAM KHIDMAT  (memberi kemudahan menubuhkan perniagaan perkhidmatan kecil termasuk perniagaan berasaskan inovasi seperti memotong rumput, perkhidmatan jahitan dan andaman pengantin, dll)
  • AZAM KERJA  (membantu dengan peluang pekerjaan yang ada dan menggalakkan mereka mengambil peluang pekerjaan dalam sektor seperti pekerja restoran makanan segera, pelayan restoran dan pekerja hotel, dll)
  • AZAM TANI   (pertanian, ternakan, akuakultur)

Pendapatan lebih 70,000 peserta program 1AZAM berjaya ditingkatkan sekurang-kurangnya RM300 sebulan sejak program itu diperkenalkan pada 2010.[60][61] Ada peserta yang berjaya memperolehi pendapatan harian antara RM1,000 hingga RM2,000.[62]

Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang

eRezeki adalah program bagi membimbing semua golongan untuk menjana pendapatan tambahan menerusi bimbingan yang MDeC laksanakan dan boleh disertai suri rumah, pekerja am atau sesiapa saja yang ingin menambah pendapatan mereka menerusi perniagaan atas talian, sementara eUsahawan adalah program keusahawanan digital yang disediakan kepada orang ramai dengan asas perniagaan asas untuk meningkatkan pertumbuhan menerusi jualan dalam talian. eLadang adalah inisiatif baru untuk menggalakkan petani untuk memanfaatkan teknologi pertanian pintar terkini seperti Internet of Things dan analisis data besar. Ada antara mereka yang mampu menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM12,000 sebulan dengan hanya menjual produk fesyen keluaran mereka sendiri.[63][64]

Program Motosikal Tiga Roda, Mobilepreneur, dan MyAGROSIS

Pewujudan Program Motosikal Tiga Roda adalah merupakan sebahagian komponen Projek Pembangunan Agrobazaar Kedai Rakyat. Program ini terbentuk berikutan timbulnya keperluan untuk mengatasi masalah lebihan hasil-hasil pertanian di kawasan luar bandar melalui usahawan peraih Motosikal Tiga Roda yang dilantik oleh FAMA. Usahawan peraih Motosikal Tiga Roda akan berperanan sebagai pengumpul membeli hasil-hasil pertanian di kampung-kampung dan memasarkannya melalui rangkaian Agrobazaar Kedai Rakyat, peserta Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) atau secara jualan langsung terus kepada pengguna melalui Pasar Tani. Program ini memberi tumpuan kepada usahawan peraih dan pengumpul hasil-hasil di kawasan luar bandar dalam membantu mengatasi masalah kemiskinan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada usahawan Motosikal Tiga Roda. Aktiviti utama yang dijalankan adalah mengumpul hasil-hasil pertanian di kampung-kampung menggunakan Motosikal Tiga Roda yang dibekalkan oleh FAMA melalui pakej jual beli.[65]

Program Mobilepreneur diperkenalkan pada Mei 2016 merupakan inisiatif kementerian bagi melahirkan usahawan belia luar bandar bagi menjalankan perniagaan berkonsepkan berge­rak menggunakan motosikal. Berdasarkan kajian ke atas 500 peserta Mobilepreneur@KKLW pada 2016 hingga Julai 2017, hampir keseluruhan peserta berjaya meningkatkan pendapatan mereka melebihi 10 peratus. Kira-kira 75 peratus daripada mereka berjaya melonjakkan pen­dapatan sebanyak 30 peratus, manakala bakinya meraih pendapatan lebih 100 peratus berban­ding sebelumnya. Peningkatan pendapatan secara purata bagi keseluruhan 500 peserta itu adalah sebanyak RM534 sebulan dan keberhasilan penca­paian ini menunjukkan keberkesanan program berkenaan dalam meningkatkan pendapatan peserta. Di peringkat kementerian, sasaran minimum pendapatan peserta sebanyak RM2,000 sebulan selepas mereka berjaya mengukuhkan perniagaan mereka. Dalam pada itu, sebanyak 13 bidang perkhidmatan dikelaskan pada tahun ini, iaitu perkhid­matan automotif, elektrikal, pendi­ngin hawa, spa kecantikan, jahitan, gunting rambut dan dandanan. Turut ditawarkan adalah per­khidmatan motosikal, kimpalan, komputer, fotografi, elektronik, penyelenggaraan paip dan bangunan.[66]

Kesedaran terhadap kepentingan pertanian sebagai enjin ketiga kepada ekonomi negara memerlukan golongan belia dalam menjamin kesinambungan kepentingan sektor ini. Sejajar dengan matlamat ‘Wawasan 2020', keperluan untuk menjana golongan belia yang berilmu sebagai pelapis dan peneraju dalam merealisasikan transformasi pertanian ke arah sektor yang lebih moden dan berteknologi tinggi telah menjadi titik tolak kepada penubuhan program MYAGROSIS. Program ini berperanan sebagai pemangkin kepada proses percambahan minat dan penglibatan siswa-siswi di Universiti Awam (UA), Politeknik (Poli) dan Kolej Vokasional (KV) dalam projek-projek Agropertanian melalui Kelab MYAGROSIS. Pemupukan minat, kecenderungan dan penglibatan terus golongan graduan/siswazah ini sebagai pelapis dan pewaris dalam sektor ini akan dapat meneruskan proses transformasi pertanian kearah sektor yang lebih moden, berteknologi tinggi, dinamik dan berdaya saing secara global.[67]

Program Transformasi Kerajaan

Kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Petunjuk Prestasi Utama @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara @ NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI untuk memastikan menteri yang terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka,[68][69] dengan menggunakan media seperti Twitter[70] dan Facebook[71] untuk berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang berlaku di dalam kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik, dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan.[72]

Pusat JobsMalaysia

Penubuhan 11 Pusat JobsMalaysia (JMC) pada 25 Mac 2010 merupakan salah satu usaha dalam mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan dari 1 Jan 2009 hingga 18 Mac 2010 menerusi JMC. Jumlah itu ialah daripada 387,210 pencari kerja dan dan 159,968 kekosongan jawatan yang didaftarkan dengan JMC dalam tempoh tersebut. Agensi kerajaan, majikan swasta dan seluruh rakyat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan JMC dan portal JobsMalaysia sebagai salah satu hab utama mendapatkan pekerjaan di dalam negara. Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan 11 JMC di seluruh negara iaitu di Cyberjaya, Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Danga Bay Johor Baharu, Segamat, Sungai Petani, Kota Baharu, Ipoh, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu ketika itu. Penubuhan JMC yang menggunakan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan untuk melengkapkan infrastruktur portal JobsMalaysia. Pusat itu menggunakan pendekatan "sentuhan kemanusiaan" dan menjadikan portal JobsMalaysia sebagai "enabler". JMC berfungsi, antaranya menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penjodohan kerja secara online, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.[73] Sehingga Ogos 2018, terdapat 81 cawangan JMC yang aktif di serata Malaysia.[74]

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015

Pada Disember 2015, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 telah diluluskan di Parlimen selepas perdebatan selama enam jam maraton. Rang undang-undang itu memberikan Perdana Menteri Malaysia dengan kuasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini, seperti keupayaan untuk menentukan apa yang menjadi isu keselamatan dan juga menganggap mana-mana bahagian Malaysia suatu kawasan keselamatan.[75] Di dalam kawasan itu, pihak berkuasa boleh membuat tangkapan, menjalankan carian atau merampas harta tanpa waran.[76] Rang undang-undang itu dikritik oleh kumpulan hak asalkan mengundang penyalahgunaan kerajaan.[77] Peguam Malaysia memanggilnya sebagai "cergas ke arah kerajaan autoritarian".[78] Kerajaan telah mempertahankan rang undang-undang itu, dengan menteri kabinet Shahidan Kassim mengatakan undang-undang itu perlu untuk membolehkan penyelarasan yang lebih baik dan tindak balas seragam sekiranya negara menghadapi ancaman keselamatan, dan undang-undang itu tidak melanggar hak asasi manusia asas Di bawah perlembagaan persekutuan.[76]

Gagasan 1Malaysia

Rencana utama: 1Malaysia
Najib berucap di depan hadirin, 2012.

Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009.[79] Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik "Middle Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1Malaysia.

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

Konsep 1Malaysia berbeza daripada Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan.[80] Transformasi daripada toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca daripada perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

Bantuan Rakyat 1Malaysia

Najib dan isteri, Rosmah serta Muhyiddin mengibarkan bendera semasa sambutan Hari Malaysia di Kuala Lumpur, 16 September 2011

Projek BR1M yang pertama datang daripada idea Dato' Sri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000.00 sebulan. [81]

Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih RM2.5 billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Hal ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan daripada RM500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima RM250 daripada projek BR1M.[82]

Dalam pembentangan Bajet 2015, Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pemberian BR1M buat kali ketiga. Bagi isi rumah RM3,000 sebulan, pemberian meningkat daripada RM650 kepada RM950 yang akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun. Kerajaan juga mengumumkan peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.[83][84][85][86] Usaha memberi bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah telah lama diguna pakai oleh negara-negara lain seperti Oportunidades di Mexico, Bolsa Familia di Brazil dan Public Assistence (PA) di Singapura. Program itu diperkenalkan membasmi kemiskinan dengan menyediakan bayaran tunai kepada keluarga dengan tujuan mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesihatan serta pencapaian pendidikan di kawasan-kawasan di mana ia telah digunakan.[87] Di Arab Saudi, bantuan tunai dimasukkan ke dalam akaun. Di Singapura, melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF). Di Amerika Syarikat (AS), bantuan diberi melalui setem makanan untuk membeli barang di kedai atau pasar raya. Malaysia memberi bantuan dalam bentuk tunai supaya boleh digunakan di pasar raya, pasar tani dan sebagainya.[88] Pemberian bantuan tunai kepada rakyat ini terbukti keberkesanannya dalam meningkatkan penggunaan domestik turut diakui sekumpulan tokoh ekonomi Britain pada 2016. Laporan The Guardian pada tahun berkenaan (2016) memetik 35 pakar ekonomi Britain termasuk Lord Robert Skidelsky dan Herman Daly yang mahu bank pusat negara itu melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.[89]

Baucar Buku 1Malaysia

Kerajaan memperkenalkan baucar buku pada 2012 adalah untuk membantu pelajar membeli buku bagi rujukan pembelajaran dan menggalakkan mereka untuk membaca. Pemberian baucar buku bukan hanya membantu pelajar membeli buku rujukan sesuai dengan keperluan pengajian, bahkan sebagai galakan tabiat membaca dan menjadi `vitamin’ kepada industri buku. Pada tahun awal pelaksanaannya, kesannya sangat positif apabila lebih banyak buku terjual di pasaran dan buku baharu dapat diterbitkan dengan kuantiti yang lebih besar. BB1M diberikan kepada pelajar yang layak, dengan setiap pelajar menerima baucar bernilai RM200, sebelum bantuan itu dinaikkan kepada RM250 pada 2013. Pada pembentangan Bajet 2017, penggunaan BB1M diperluaskan bukan hanya untuk pembelian buku, bahkan barangan gaya hidup termasuk telefon. Pemberian baucar buku digantikan dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) pada 2017.[90][91] Kad debit pelajar itu berjumlah RM250 boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah di kedai buku terpilih, membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran.[92]

Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia

Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menjana pendapatan, termasuk menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM120 juta, kepada 1,000 usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia.[93][94]

Kedai Rakyat 1Malaysia

Rencana utama: Kedai Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)[95] diilhamkan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak dan dirasmikan pada Jun 2011 bertujuan mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan. Ia bertujuan menjual pelbagai barangan harian pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Pada minggu ketiga September 2017, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditutup sementara waktu untuk sebahagian daripada penambahbaikan kelemahan KR1M. Inisiatif KR1M 2.0 adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambahbaik kelemahan sebelum ini. Ia bukan saja akan menawarkan harga barangan keperluan harian yang lebih murah, malahan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan barangan serta menawarkan peluang keusahawanan dan peluang perniagaan kepada orang ramai. Penambahbaikan ini juga membabitkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain serta membuka peluang perniagaan kepada pengeluar dan pengilang tempatan. Ini juga sejajar dengan matlamat kementerian untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.[96] Pada 4 Februari 2018, KR1M 2.0 dilancarkan.[97] Sebanyak 50 barangan keperluan harian pelbagai jenama dijual lebih murah di rangkaian pasar raya seluruh negara yang menjadi rakan kongsi kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0. KR1M 2.0 menyasarkan 300 outlet untuk dibuka di rangkaian pasar raya di seluruh negara yang akan dipilih oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sehingga hujung tahun ini manakala sasaran 3,000 outlet bagi tempoh tiga tahun akan datang. KR1M 2.0 menawarkan barangan berjenama dan berkualiti sekali gus menjadi pilihan rakyat di bandar dan luar bandar. KR1M 2.0 yang dilancarkan itu ialah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011. Dalam KR1M 2.0, kerajaan melalui KPDNKK memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan beri peluang lebih ramai peniaga runcit menyertai KR1M 2.0. Model baharunya berkonsepkan kepada tiga kategori model perniagaan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar; operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama.[98] Pada Mac 2018, kerajaan melaksanakan inisiatif menerusi Program Jalinan Sentuhan Rakyat (PJSR) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bagi mewujudkan persaingan harga, sekali gus membantu mengurangkan kesan inflasi. Program dilaksanakan itu diharap dapat membantu merangsang penurunan harga dan mewujudkan harga barangan yang lebih kompetitif dalam kalangan peniaga. Dalam menentukan Indeks Harga Pengguna (IHP), pengiraannya berdasarkan harga semasa dan bukan program seperti PJSR ini. Contoh, harga semasa ayam antara RM8.50 hingga RM9, tapi menerusi PJSR ia dijual RM6.50. Namun, dengan adanya PJSR ini dan juga KR1M 2.0, diharap akan memberi kesan kepada penurunan harga secara keseluruhan, menjadikan harga sesuatu barangan itu lebih kompetitif, sekali gus memberi kesan kepada pengiraan IHP pada masa akan datang.[99]

Perumahan Rakyat 1Malaysia

Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan bandar. Mereka yang berpendapatan pertengahan ini dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM2,500-RM15,000.[100]

Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak amat prihatin dengan tekanan yang dikenakan oleh penduduk di kawasan bandar yang berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan ekonomi Malaysia, Dato' Sri Najib mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi fokus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM100,000.00 ke RM400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.[101]

Skim Latihan 1Malaysia

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.[102] Untuk Soft-Skills Training, graduan akan didedahkan dengan maksimum dua bulan latihan dengan modul-modul teknikal oleh pihak syarikat serta SL1M. Bagi On-The-Job Training pula, setiap pelatih SL1M akan ditempatkan di jabatan atau sek­syen tertentu di bawah syarikat terlibat untuk diberikan pendedahan hands-on bekerja di dunia industri yang sebenarnya.[103] Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menjadi rujukan dunia selepas dijemput oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mewakili Malaysia ke Forum Perkhidmatan Awam PBB 2017 yang berlangsung di The Hague, Belanda pada 22 dan 23 Jun 2017. Inisiatif ini juga telah mendapat perhatian dari negara-negara seperti Oman, Azerbaijan, Colombia; Sri Lanka; Belanda dan Ireland kerana keunikan kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam mengasah bakat pelatih SL1M, selain membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 300 syarikat awam dan swasta terlibat secara langsung dalam program SL1M de­ngan menyediakan latihan industri kepada pelatih, selain menyerap kan graduan yang terpilih untuk be­kerja dengan syarikat mereka.[104] Pada Februari 2018, Perdana Menteri mengumumkan berita baik dengan elaun bulanan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500 sebelum ini.[105] Sehingga Mac 2018, berdasarkan fakta daripada laman web Perdana Menteri, sebanyak 140,000 siswazah telah dibawa masuk ke dalam sektor pekerjaan. Manfaat daripada program ini ialah penglibatan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan swasta yang mempunyai rekod cemerlang dalam dunia korporat bagi mengasah kebolehpasaran dan memperkasa modal insan negara.[106]

Dasar ekonomi

Najib berucap pada Mesyuarat Tahunan 2013 Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, 25 Januari 2013.Najib bertemu Setiausaha Negara bagi Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran British Vince Cable di London, 13 Julai 2011

Model Ekonomi Baru

Rencana utama: Model Ekonomi Baru

Pada 2 Mei 2009, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan kerajaan untuk membangunkan Model Ekonomi Baru yang akan mempercepatkan peralihan Malaysia ke negara berpendapatan tinggi. Pelan ini akan menekankan cara untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti pekerja dengan menggalakkan industri pengetahuan dan meningkatkan pelaburan dari luar negara.

Pembentukan semula subsidi kerajaan

Najib telah mula melaksanakan reformasi komprehensif subsidi kerajaan. Pada 16 Julai 2010, subsidi untuk petrol, diesel dan LPG dipotong sebagai sebahagian daripada program umum Malaysia untuk mengurangkan dan merasionalisasikan subsidi setiap Rancangan Malaysia ke-10 dan Model Ekonomi Baru. Kerajaan percaya ia menjimatkan RM750 juta menjelang akhir tahun 2010 melalui langkah-langkah ini dengan sedikit kesan negatif terhadap kebanyakan rakyat. Subsidi gula dan bahan bakar terpilih untuk pembaharuan kerana mereka tidak memberi manfaat kepada orang kaya dan warga asing, menggalakkan penggunaan yang lebih banyak dan mewujudkan peluang untuk penipuan dan penyeludupan.[107] Perdana Menteri melahirkan harapan bahawa rakyat Malaysia akan mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau berkata, "tidak ada logik dalam kerajaan memperuntukkan subsidi bernilai hampir RM1 bilion pada komoditi yang boleh membahayakan kesihatan rakyat."[108] Menanggapi kebimbangan mengenai bagaimana pembaharuan ini mungkin mempengaruhi orang miskin, Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia masih akan membelanjakan RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula dan harga bagi komoditi ini akan kekal paling rendah di Asia Tenggara. Kerajaan juga menyatakan bahawa pendidikan dan penjagaan kesihatan akan terus menerima sokongan negara.[109]

Kerajaan masih meneruskan subsidi tidak langsung bagi membantu mereka terutamanya dari segi kesihatan dan pendidikan. Rakyat masih boleh menikmati bayaran serendah RM1 untuk  mendapatkan perkhidmatan kesihatan manakala pendidikan di peringkat tadika, sekolah rendah dan menengah percuma. Kerajaan turut menampung 90 peratus perbelanjaan untuk belajar di universiti awam, menjadikan bayaran pendidikan di negara ini yang terendah di Asia.[110][111] Sebagai contoh, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885 tetapi pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9,000 sepanjang tempoh pengajian.[112] Klinik Rakyat 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rawatan gigi cuma memerlukan bayaran RM1 berbanding swasta yang memerlukan beratus ringgit. Contoh lain adalah situasi di mana seorang pesakit diabetes yang memerlukan ubat-ubatan, rawatan dan khidmat nasihat dari doktor di kilnik kerajaan cuma perlu membayar RM1 sahaja, memperlihatkan banyaknya subsidi yang diberi kepada rakyat.[113]

Bukan sekadar kesihatan dan pendidikan sahaja, kerajaan juga meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dengan memberikan subsidi dalam memastikan rakyat miskinpun boleh memiliki rumah. Untuk Rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) umpamanya  cukup banyak subsidi. Sebab bayaran pembeli RM35,000 sedangkan kos sebenarnya sampai RM140,000. Maknanya  satu unit, lebih RM100,000 yang merupakan subsidi kerajaan. Pentadbirannya mengurangkan subsidi pukal bagi barangan, contohnya subsidi minyak, kerana ia lebih menguntungkan golongan berkereta besar berbanding golongan yang menggunakan motosikal kecil.[114] Kajian sebelum ini menunjukkan golongan berpendapatan tinggi lebih banyak menerima manfaat berbanding rakyat miskin bagi subsidi petrol. Ahli Parlimen Pekan itu turut memberi analogi bagaimana pengagihan subsidi petrol menjadi tidak adil sekiranya digunakan individu kaya yang memandu kenderaan mewah setiap hari di bandar sesak.

"Petani di luar bandar menunggang motosikal bagi perjalanan dekat atau seorang kakitangan di pejabat yang menaiki LRT ke tempat kerja setiap hari dan hanya menggunakan keretanya pada hujung minggu?

"Jadi (kesamarataan subsidi) sangat tidak adil. Golongan kaya tidak seharusnya menjadi kumpulan 80 peratus yang menerima manfaat dari subsidi petrol.

"(Itu) Justifikasi terhadap keputusan untuk mengapung harga petrol pada November 2014," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Najib mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat tidak pernah memberi subsidi petrol, malah mengenakan cukai ke atasnya pada kadar 58.62 sen bagi setiap liter petrol dan 19.64 sen bagi setiap liter diesel.

Katanya, Dr. Mahathir mengenakan cukai terhadap bahan bakar itu dan bukan memberi subsidi kerana harga minyak dunia pada masa itu rendah iaitu antara AS$10 hingga AS$20 setiap tong berbanding AS$75 setong pada masa ini.

"Harga minyak dunia juga pernah mencecah AS$120 setong semasa saya mentadbir. Maka, adalah tidak benar apa yang disebar kononnya pada era itu rakyat menerima subsidi untuk minyak kenderaan.

"Ketika Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1981, harga petrol RON92 adalah 89 sen seliter. Ketika persaraannya pada 2003, harga naik ke RM1.35 seliter atau 52 peratus lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berpandangan penjimatan dari penamatan subsidi petrol itu dapat digunakan bagi menaikkan gaji kakitangan awam rendah atau bantuan terus melalui bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau bantuan lain kepada golongan miskin.

"Ketika saya menjadi Menteri Kewangan pada 23 September 2008, harga RON97 adalah RM2.55 seliter manakala RON92 adalah RM2.40.

"Langkah pertama yang saya ambil adalah mengurangkan harga petrol secara berkala," katanya.

Najib ketika pentadbirannya menghapuskan RON92 dan menggantikannya dengan petrol lebih berkualiti iaitu RON95 pada harga RM1.80 seliter.[115] Walaupun tanpa subsidi petrol, rakyat tidak dikenakan cukai dan harga petrol RM2.20 seliter adalah yang ke-15 paling rendah di dunia dan sama harga dijual di Arab Saudi pada 2008. Ia digantikan dengan subsidi bersasar, contohnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BR1M kita lebih targeted (bersasar), lebih fokus kepada golongan yang memerlukan. Kutipan GST digunakan untuk pelbagai program untuk membantu rakyat, seperti BR1M, bantuan kepada nelayan, pesawah padi serta perbelanjaan kesihatan dan pendidikan. Kerajaan telah membelanjakan RM24 bilion untuk kesihatan pada tahun 2017. Kutipan kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan cuma RM600 juta sahaja. Jadi perbezaan ini ditampung melalui pendapatan GST.[116] Pelaksanaan GST pada April 2015 itu berjaya mengurangkan kadar inflasi sehingga 1.4 peratus pada Februari tahun ini daripada 8.4 peratus pada tahun 2008. 578 barangan asas telah dikecualikan termasuk beras, telur ayam, daging, ikan, sayur, roti, minyak masak, buah-buahan, petrol, surat khabar, buku serta ubat-ubatan.[117] Pelaksanaan GST adalah mengikut pandangan Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali.[118] GST telah digunapakai di lebih 160 buah negara termasuk India, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.[119] Bajet 2018 memperuntukkan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.[120]

Liberalisasi ekonomi

Malaysia telah melaksanakan langkah-langkah penting untuk menarik pelaburan asing termasuk kesederhanaan pilihan yang direka untuk memberi manfaat kepada orang-orang etnik Melayu. Khususnya, pembaharuan ini termasuk membenarkan pelabur asing memegang majoriti kepentingan dalam kebanyakan perusahaan yang tidak termasuk industri "strategik" seperti perbankan, telekomunikasi, dan tenaga, melonggarkan peraturan insurans, mengurangkan kuasa Jawatankuasa Pelaburan Asing dan menurunkan kuota minimum bagi pemilikan Melayu dalam dagangan awam Syarikat daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus. Semasa beliau memperkenalkan reformasi Najib menyatakan, "Dunia berubah dengan cepat dan kita mesti bersedia untuk berubah dengannya atau risiko ditinggalkan."[121]

Sejak pembaharuan ini telah dilaksanakan, firma perbankan Amerika Goldman Sachs dan Citigroup telah diberikan kebenaran untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia. Goldman Sachs menerima lesen untuk menubuhkan operasi pengurusan dana dan nasihat. Citigroup telah memperoleh permit untuk menawarkan perkhidmatan broker. Kelulusan lesen ini merupakan rehat yang ketara daripada sejarah Malaysia dalam pasaran yang dikuasai dan dikawal secara dalam negeri untuk perkhidmatan kewangan.

Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa memberi respons kepada pembaharuan-pembaharuan ini dan lain-lain dengan meningkatkan kedudukan Malaysia ke ekonomi ke-10 yang paling berdaya saing di dunia pada tahun 2010 dari 18 tahun 2009. Malaysia, yang kini menduduki tempat kelima di rantau Asia Pasifik, mendapat kedudukan baik dalam perniagaan Dan kecekapan kerajaan. Ahli ekonomi menyumbangkan peningkatan ranking Malaysia kepada usaha kerajaan Malaysia untuk memperbaiki persekitaran perniagaan negara seperti Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.[122]

Pakej rangsangan

Kerajaan Malaysia meluluskan dua pakej rangsangan untuk mengurangkan kesan kelembapan ekonomi global. Pakej rangsangan pertama, bernilai RM7 bilion, diumumkan pada 4 November 2008. Pakej kedua, bernilai RM60 bilion, diumumkan pada 10 Mac 2009. Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Najib telah memantau kemajuan pakej rangsangan Setiap minggu. Ahli ekonomi percaya bahawa pakej rangsangan telah berjaya menjana peningkatan aktiviti ekonomi, terutamanya dalam sektor pembinaan. Bank pusat Malaysia melaporkan bahawa ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar tahunan sebanyak 9.5% pada separuh pertama tahun 2010. Perdana Menteri Najib berkata negara itu berada dalam landasan untuk mencapai pertumbuhan tahunan purata 6% untuk mencapai matlamatnya menjadi negara maju menjelang 2020. Mengulas mengenai data ekonomi yang sama ini Najib berkata pada Ogos 2010 tidak ada rancangan untuk merangsang rangsangan ekonomi. Sebaliknya beliau berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada meningkatkan asas ekonomi Malaysia dan meningkatkan pelaburan.[123]

Dasar asing dan lawatan negara

Najib bertemu Setiausaha Negara AS Hillary Clinton di Vladivostok, 9 September 2012

Palestin

Kerajaan Malaysia telah lama menjadi penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin menentang penjajahan Israel di Tebing Barat.[124] Malaysia juga menyokong perpaduan antara puak Fatah dan Hamas Palestin. Najib melawat Tebing Barat bersama isterinya Rosmah Mansor, diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.[125] Najib Razak menjadi pemimpin Islam pertama dari Asia Tenggara untuk menjejakkan kaki di bumi Palestin.[126] Najib berkata rakyat Palestin boleh bergantung kepada Malaysia, tetapi untuk menimbulkan keamanan yang berkekalan, Hamas dan Fatah mesti bersatu untuk melindungi keselamatan dan keselamatan rakyat Palestin. Malaysia akan memberikan Palestin sokongan moral, kewangan dan politik yang diperlukan untuk bangkit di atas perjuangannya, tetapi menjamin masa depan yang kekal aman bergantung kepada rakyat Palestin yang bersatu. Najib Razak juga menyatakan bahawa untuk Palestin ke arah melaksana masa depan ia membayangkan, Palestin perlu mengambil langkah pertama - untuk bersatu di kalangan mereka.[127]

Amerika Syarikat

Najib bertemu John Kerry di Kuala Lumpur, 11 Oktober 2013.

Perdana Menteri Najib dan Presiden Barack Obama bertemu sebelum Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington pada 12 April 2010. Mesyuarat ini telah dianggap oleh ramai untuk mewakili peningkatan yang ketara dalam hubungan. Ini merupakan pertemuan satu-satu pertama mereka. Dalam ceramah mereka, Obama meminta bantuan lanjut daripada Malaysia untuk membanteras percambahan nuklear yang Obama digambarkan sebagai ancaman terbesar kepada keselamatan dunia.[128][129] Semasa sidang kemuncak itu, Najib menegaskan bahawa Malaysia hanya menyokong program nuklear yang direka untuk tujuan keamanan. Kehadiran Najib pada sidang kemuncak itu merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi seminggu ke Amerika Syarikat.[130]

India

Perdana Menteri Narendra Modi bertemu Najib di Putrajaya, Malaysia pada 23 November 2015

Perdana Menteri Najib mengembara ke India dalam rangka lawatan rasmi lima hari pada bulan Januari 2010. 200 rombongan kuat termasuk menteri-menteri kabinet, timbalan menteri, pegawai-pegawai kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen, dan pemimpin perniagaan yang berjaya.[131] Semasa lawatannya, Najib menolak untuk perjanjian perdagangan bebas dan kerjasama dalam pelbagai bidang.[132] Najib dan Perdana Menteri India Manmohan Singh menandatangani perjanjian ekstradisi dan perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan dan kewangan yang lebih tinggi. Kedua-dua negara bersetuju untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas sebelum akhir 2010 dan Najib dipanggil untuk menandatangani "Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif" oleh tarikh yang sama.[133] Perjanjian-perjanjian ekonomi telah menyebabkan rancangan untuk RM 1.6 trilion dalam pelaburan untuk Malaysia.[134] Pada Januari 2010, Najib mengumumkan rancangan untuk membangunkan rejim visa baru bagi warga India, khusus untuk pengurus dan pekerja berpengetahuan untuk melawat Malaysia.[135]

Singapura

Najib membuat lawatan dua hari ke Singapura, pada 21-22 Mei 2009. Dalam lawatan itu, kedua-dua Najib dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bersetuju untuk berpindah hubungan dua hala ke hadapan dengan cara yang lebih produktif dan sama ada akan diketepikan atau menyelesaikan " warisan "masalah antara kedua-dua negara. Dalam ucapannya di Singapura, Najib berkata beliau berharap lawatan itu akan memberi isyarat "permulaan era baru" antara kedua-dua negara.[136]

Pada 2010 Najib menyelesaikan masalah diplomatik utama antara kedua-dua negara dengan menamatkan kebuntuan di atas rangkaian pengangkutan dan pelaburan Singapura di Iskandar Malaysia. Perdana Menteri Najib dan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, telah bersetuju untuk mengubah suai Titik Perjanjian ditandatangani pada tahun 1990. Secara khususnya, kedua-dua pihak telah berjanji untuk memindahkan stesen keretapi KTM dari Tanjung Pagar ke Woodlands, menubuhkan usaha sama untuk dipanggil MS Pte Ltd untuk membangunkan Marina One dan DUO di Bugis tetapi landasan kereta api telah digantikan oleh "Koridor Hijau", membangunkan transit pesat dan kelajuan tinggi hubungan kereta api, dan membenarkan Temasek dan Khazanah untuk menubuhkan sebuah usaha sama bagi tujuan untuk membangunkan sebuah bandar di Iskandar Malaysia.[137]

Korea Selatan

Najib menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan pada 1 Jun 2009 yang dihoskan oleh Presiden Korea Selatan Lee Myung Bak. Semasa sidang kemuncak itu, Perjanjian Pelaburan ASEAN-Korea telah ditandatangani untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara ASEAN dan Korea Selatan Selepas sidang kemuncak itu, Najib berkata Malaysia berminat untuk mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk penjanaan kuasa, dan juga teknologi hijau rendah karbon lain Korea Selatan.[138]

China

Najib membuat lawatan empat hari ke China pada 2-5 Jun 2009. Dalam lawatan itu, Najib menyebut tentang hubungan istimewa keluarganya dengan China, mencatatkan bahawa bapanya, dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, pertama menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974. Semasa lawatan itu, beberapa isu substantif telah dibincangkan dalam mesyuarat antara Najib dan Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri China Wen Jiabao. Kedua-dua pihak telah menandatangani satu pelan tindakan strategik disahkan meliputi 13 bidang utama yang akan menjadi garis panduan kepada hubungan antara Malaysia dan China. Najib menyifatkan lawatan itu sebagai paling berhasil. Najib turut menerima Ijazah Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University.[139]

Indonesia

Najib bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Putrajaya pada 18 Disember 2012.

Najib membuat lawatan ke Indonesia pada 22-24 April 2009. Beberapa isu telah dibincangkan, termasuk kerjasama dalam pelancongan, minyak dan gas, dan industri berteknologi tinggi, serta bekalan elektrik dari Empangan Bakun untuk Kalimantan. Najib dan rombongan turut menghadiri makan malam rasmi yang dihoskan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan isterinya Ani Yudhoyono.

New Zealand

Di bawah kerajaan Najib, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan New Zealand pada 26 Oktober 2009 akan berkuat kuasa 1 Ogos 2010. Perjanjian itu akan mengurangkan atau menghapuskan tarif ke atas beribu-ribu produk perindustrian dan pertanian. Kedua-dua negara juga bersetuju untuk membalas status negara paling digemari dalam pendidikan swasta, perkhidmatan kejuruteraan, perlindungan alam sekitar, perkhidmatan perlombongan dan teknologi maklumat.[140]

Filipina dan Orang Moro Mindanao

Presiden Rodrigo Duterte dan delegasinya bertemu Najib dan beberapa menteri Malaysia di Perdana Square, Putrajaya, 10 November 2016.

Barisan Pembebasan Islam Moro sentiasa memihak Malaysia sebagai orang tengah dalam usaha mereka untuk menjadi sebuah negara autonomi. Pada 15 Oktober 2012, pemberontak Moro dan pihak berkuasa Filipina telah membuat satu perjanjian damai untuk mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Malaysia memainkan peranan penting dalam membuat tanggapan tertentu untuk diterima oleh kedua-dua pihak. Najib berikut bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menjadi tokoh utama dalam menggalakkan keamanan dan keharmonian di rantau ini. Semasa majlis rasmi menandatangani perjanjian itu, kerajaan Malaysia telah dijemput sebagai saksi kepada perjanjian kerana panjang. Malaysia memainkan peranan penting, bukan hanya sebagai orang tengah tetapi juga sebagai kepercayaan untuk kedua-dua kerajaan Filipina dan juga pemberontak.[141]

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-caught-up... http://www.globalresearch.ca/philippines-peace-agr... http://english.people.com.cn/90001/90777/90851/662... http://kadsiswa.1pengguna.com/kads1m/index.php http://asiasentinel.com/index.php?option=com_conte... http://english.astroawani.com/news/show/govt-annou... http://www.astroawani.com/berita-bajet2015/bajet-2... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenaikan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-najib...